Skip to main content

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)


Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting. 

Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni...

Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru..

Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sabar nak gosok dah.

Ok..antara cara yang pernah saya guna untuk bersihkan sterika..

1. Garam
Mr Google cakap letak garam dan iron untuk bersihkan. 
Kesannya - Permukaan jadi calar. So jangan buat
Masa try and adjust tu saya letak garam kasar jugak..sebab garam halus tak jalan. Bayangkan la kecalarannya..mintak ampun mak👏

2. Lilin
Bolehlah...tapi lilin tu cepat pulak cairnya...tak habis sental lagi lilin pun dah cair...
Tahap keefisiyennannya  : tak berapa mujarab la. Nak pulak kalau sterika dah tebal berbonggol 

3. Daun pisang
Ada juga yang suggest ek...rasanya lagi baik daun pisang tu wat kukus kuih koci minum petang...lagi sedap kot..kenyang pun kenyang dari sakit hati

4. Ni paling ngam dan best sekali. 
Pakai "masker" ubat gigi. Tak kesah lah jenama apa. Pakai jerlah yang ada kt bilik air tu...

Tapi AWAS!!...kalau dah berbonggol melekat tebal ngan kain pastu dah lama pulak kesan tu, pastikan ada ubat gigi pek besar. Kalau yang ubat gigi wat pakai sorang2 tu, jenis cikeding..memang jangan harap la ek. Mmg kena g beli kat kedai dulu pastu sambung buat...haha

Bahan2nya
1. Sterika yang melekat tu
2. Ubat gigi
3. Kain (saya gosok jer kat kain alas kelabu tu...tgk gambar)

Cara-caranya
1. Sapukan ubat gigi kat atas permukaan sterika tu. 

2. Panaskan sterika (suhu tu medium shj..jgn terlampau tinggi sbb boleh cairkan ubat gigi dengan cepat). Biar suhu start medium supaya ubat gigi tu boleh salut kesan hitam kain yg melekat tu.

Part ni penting, bila dia dah salut, akan keluar bunyik macam merecik2..(ni tandanya sterika / iron tu dah sedia untuk digosok dengan cepat.

3. Pegang sterika tu (jangan pegang permukaan nye pulak..panas tu). Dengan sepenuh tenaga gosokkan laju2 pada kain tadi..sampai la terkeluar baki kesan hitam yang melekat tu. 

Ok, kesan tu akan tertanggal sikit demi sedikit...nielah kaedah masker ubat gigi. Umpamanya kita "masker" kan sterika tu dengan ubat gigi. Bila dia dah menyaluti kesan hitam dengan sempurna, kita gosok supaya "masker ubat gigi" tu tertanggal. 

Ulang lagi step 1, 2 & 3. Nak pulak kalau berbonggol tebal, kena SABAR dan GIGIH...sebab kena buat layer by layer. Silap2 muscle lengan naik oooo (hihi)

Ulang sampai kesan kain hitam melekat tu tertanggal..(lihat gambar). 

#Tips01
Sterika / Iron jenis steam lebih mudah dibersihkan daripada iron biasa. Sebab bila dia dah panas (step 2), kan ada steam keluar menolak dari iron tu. Jadi memudahkan lagi kesan hitam kain melekat yang dah di"masker" kan dengan ubat gigi tu tertanggal.

#Tips02
Pastikan ada sebotol air dan on kipas ke ekon kalau nak bersihkan iron yang kes hardcore...sebab pasti tekak haus dan panas bila dah menggosok bertubi2 dan laju2...huhu

#SayaDahTry 

Comments

  1. Tqs for the tips. Baru nak cuba ni

    ReplyDelete
  2. Siyes ke ni? Sy nk try gak. Abeh iron stim dh legam sb iron tdung ade diamond😭😭😭

    ReplyDelete
  3. Tq. Cara yang efectif guna ubat gigi. 2x letak panaskan dan gosok atas kain kesat. Tanggal semuanya. Save tak perlu beli baru. Tq again

    ReplyDelete
  4. Saya cuba guna garam...haprak,tak ada kesan langsung. Rugi setengah kilo. Guna daun pisang,,hmmm,buat membazir daun pisang saja. Tak jadi pun. Nasib baik daun pisang percuma ambik kat belakang rumah

    ReplyDelete
  5. Berkesan guna kaedah ubat gigi brbanding yg lain. Tq petua. Sgt membntu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9 Makanan Elak Sembelit

JANGAN TRY MANA-MANA PRODUK SEMBELIT SEBELUM ANDA BACA "9 JENIS MAKANAN ELAK SEMBELIT" YG 3X LEBIH BERKESAN SETTLEKAN SEMBELIT & KECUTKAN BUWASER  Kajian dari pakar mengatakan, LEBIH 5 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah berkaitan penghadaman iaitu rasa senak di perut, kembung, meneran ketika membuang air besar, sembelit dan akhirnya terjadi buwaser.  Masalah sembelit berpunca dari gaya hidup dan cara pemakanan rakyat Malaysia yang kurang mengambil serat atau fiber dalam diet seharian mereka. Mereka yang tidak alami sembelit mengeluarkan 75% najis yang lembut dan tanpa perlu meneran. Seseorang individu mengalami masalah sembelit jika 40% daripada najis yang dikeluarkan keras. Buwaser mudah terjadi apabila masalah sembelit dialami bertahun-tahun. Adakalanya proses membuang air besar disertai dengan darah kerana luka di kawasan rektum yang menyebabkan rasa yang amat sakit ketika membuang air besar. Jangan dibiarkan, ada kes yang berlaku mendapati ia merupakan tan