Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Garlic Complex - Dengan Ekstrak Rosemary

Untuk Kesihatan Holistik Bawang Putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.* Ramuan Amaun Setiap Tablet Serbuk Ulas Bawang Putih (Allium sativum) 500 mg Ekstrak daun rosemary (Rosmarinus officinalis) 25 mg Memastikan sistem pertahanan badan yang kuat Keistimewaan Shakleee Formulasi tersendiri Shaklee. Menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan herba rosemary sebagai antioksidan. Meminimumkan bau dan rasa kesan bawang putih. Fakta Nutrisi Setiap tablet menyediakan: KKLIU 0591/2017 Kod Produk: 10127 (60 tablet) * Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Saranan penggunaan: MAL11080026TC Ini adalah i

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan yang Berkualiti Tinggi Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.* Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama. Tahukah Anda? Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961. KeISTIMEWAAN Shaklee Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein be

Hati Berlemak ? Punca & Cara Mengatasinya

PUNCA KEROSAKAN HATI AKIBAT PENYAKIT HATI BERLEMAK (NAFLD) Masalah hati berlemak mungkin agak asing kita dengar, tetapi ianya telah menjadi sangat biasa dalam masyarakat zaman moden sekarang. Selalunya masalah ini dikaitkan dengan pengambilan arak atau minuman beralkohol secara berlebihan. Kajian sains menunjukkan, sekarang ini masalah yang lebih kerap berlaku adalah masalah hati berlemak yang tidak berkaitan dengan pengambilan alkohol atau dipanggil Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). Ianya bukan berpunca daripada pengambilan lemak yang tinggi atau pengambilan makanan berkolesterol yang tinggi tetapi kajian menunjukkan ianya berpunca daripada pengambilan karbohidrat atau secara khususnya gula fruktosa yang tinggi. Masalah hati berlemak selalunya berkaitan dengan masalah obesiti. Seseorang yang mempunyai masalah hati berlemak selalunya mempunyai paras kolesterol tinggi dan juga paras asid urik yang tinggi. Ia adalah sebahagian daripada sindrom metabolik dan selalunya s

Khasiat Buah Kurma

Mengapa Nabi SAW memakan kurma dalam hitungan ganjil ?  Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia. Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma. Penelitian sudah tunjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama. 1. Mengurangkan tingkatan kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah. 2. Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula. 3. Mencegah kerusakan gigi karena meng

8 Sebab Kenapa Produk Shaklee Selamat

Bermula seawal tahun 1915, produk Shaklee telah meletakkan RESULT yang akan dicapai oleh setiap penggunanya. Berbekalkan moto Sihat, Selamat, Semulajadi dan Berkesan membolehkan Shaklee merangka RESULT atau " Shaklee Effect " hasil daripada 3 rangkaian produk utama iaitu Penjagaan Nutrisi, Penjagaan Rumah dan Penjagaan Kecantikan. 1. Shaklee menyaring 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani yang baharu  - termasuk sisa pelarut, logam berat, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob 2. Lebih 250 ujian racun serangga dilakukan melebihi syarat yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP) 3. Lebih 100,000 ujian berkualiti dilakukan setiap tahun bagi memastikan produk yang selamat digunakan untuk setiap keluarga 4. Tiada tambahan pengawet, perisa dan perasa tiruan. Produk Shaklee tidak mengandungi parabens, Triclosan, pathalates, sodium lauryl sulfate (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1,4-dioxane dan propilena gl

Islamic Parenting - Muhasabah Diri Bila Anak Melampaui Batas

Ibuu..👱🏻‍♀ Ayah..👨🏼 Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!! Tahan marahmuu..😓 😶Bila anak2 mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,, Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati, Rasa benci dan menyampah, Maka hilanglah redho seorang ibu disaat itu. Hilang jugalah redho Allah pada anak itu. 😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah.. 😥Cepat2lah beristighfar,, jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap.. Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita Ataupun nyawa anak kita. 😧Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka,, 😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya.. Nauzubillah. 😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya? 🤚Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu.. 🤝Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan.. 🙌Selidikilah diri kita,, 🤔Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama? 🤔Sejauhmana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna? 🤔Sehebatmana kasih sayang yan

Kongsi Tips Cergas di Bulan Ramadhan - Dr Azizan Osman

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa! Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya. Jangan tinggalkan sahur Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari alasan

Masalah Penghadaman di Bulan Ramadhan

Punca Masalah Penghadaman  Pilihan makanan yang tidak sihat, makan secara berlebihan, makan dengan gelojoh dan tabiat makan lain yang tidak sihat semasa berbuka puasa merupakan punca lazim timbulnya isu penghadaman di bulan Ramadan. Peningkatan keasidan gastrik yang dirasai semasa berpuasa dimanifestasikan sebagai sensasi panas terbakar di dalam perut, rasa berat perut dan rasa masam dalam mulut. Kebanyakan masalah kesihatan semasa musim berpuasa kemungkinannya berpunca daripada pengambilan diet yang tidak sihat atau akibat daripada terlebih makan dan kurang tidur. Tiga masalah yg sering berlaku yg melibatkan masalah perhadaman ialah refluks (angin) , sembelit dan muntah serta cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan. Refluks Refluks angin atau dyspepsia merupakan keadaan di mana pesakit akan mengadu sakit perut, kembung dan pedih ulu hati, loya, muntah dan rasa kurang selesa. Ini berlaku apabila asid daripada perut telah naik ke atas saluran bawah esofagus. Ma

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad SAW. Jom ketahui makanan yang disukai Rasullullah. Semoga bermanfaat. 1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. 4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut. 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. 7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. 8. Cendawan – Baik

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa

Bagaimana Kesan Puasa Kepada Fisiologi Tubuh

Rumusan Fisiologi Puasa. Fasa 1 - Hari 1-2 Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau. Fasa 2 - Hari 3-7 Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi. Fasa 3 - Hari 8-15 Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas. Fasa 4 - Hari 16-30 Badan mula selesa dgn puas

Doa Semasa 1 Ramadhan

Doa Puasa Hari Pertama . Terus  baca , Yang menulis aamiin, sama berdoa  apa dibaca . "Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenar¬nya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan kami dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan kami wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa." Aaminn.

Powernya Sedekah

Bismillah.. Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat? Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?  Mari kita baca jawapannya... Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? #Satu Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10) ✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"? ✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.." #Dua Maka hendaklah kamu perbanyakka

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya. Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja. Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada d

Kulit Putih Gebu Menjadi Kanser

Semakin ramai yang tidak mengendahkan bahaya penggunaan bahan-bahan terlarang dalam kosmetik walaupun telah banyak kes produk kosmetik ditarik balik lesen jualan. Amaran dan kempen berhenti menggunakan kosmetik berbahaya ini berterusan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan tetapi tahap celik kosmetik di kalangan pengguna amatlah rendah. Ini kerana ramai yang terpedaya dengan wajah putih, gebu, plowless duta-duta produk maupun pengasas produk yg glowing mowing. Kalau betul tak mengapa..tapi jika ada kesan sampingan amat merisaukan... Jom kita lihat apakah bahan berbahaya dan terlarang yang sering digunakan dalam produk kosmetik jenis ini. 1. Produk kosmetik dicampur dengan hydroquinone jika digunakan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan juga boleh menyebabkan kulit menjadi hipersensitif. Depigmentation mengurangkan perlindungan kulit daripada sinaran UV dan ini boleh membawa kepada kanser kulit. Wal

Zikir dan Kaitannya Dengan Magnet Rezeki

Makanan bagi roh : 1. Baca Al Quran 2. Zikir 3. Ingat mati Sesungguhnya brg siapa yang ingat Allah hatinya akan menjadi tenang. Ketika kita bayar segala bil dan kos sentiasa tasdiq di hati seronoknya atas rezki Allah beri. Kegelisahan kepada keadaan terutama dlm isu duit akan hanya menyebabkan low energy. Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa mencukupkan. Jangan biarkan suara halus memikirkan tentang desakan wang lalu sentiasa rasa sedih dan kecewa dengan keadaan. Hilang feel seronok... Ingatlah energy kita menjadi kuat bila kita happy. Bila kita tidak happy energy aura menjadi low. Daya tarikan jadi kurang. Rezki mula menyimpang. Kalau sudah ketentuan Allah ekonomi negara meruncing makanya kepada Allahlah tempat mengadu kerana dia lah pemberi rezki. Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali mereka yg mengubahnya. Apabila berdoa, janganlah minta Allah mengubah kehidupan kita tetapi ubahlah pandangan kita terhadap Tuhan dahulu. Tentunya kelak hidup past

Tips Cergas Bersemangat Dr Azizan Osman

7 Langkah Mudah Untuk Kekal Bersemangat! Pasti anda mahu sentiasa kekal bersemangat dalam menjalani kehidupan harian demi mencapai matlamat hidup anda bukan? Dan semangat anda sebenarnya sangat bergantung kepada keadaan tubuh badan dan minda anda! Mari lihat 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk sentiasa cergas dan bermotivasi. 1. Bayangkan yang indah-indah. Sambil baring mahupun duduk di kerusi malas, pejamkan mata anda. Kosongkan fikiran dan bernafas secara perlahan dan teratur . Cuba bayangkan anda sedang mendaki tangga kejayaan dan mencapai satu persatu matlamat dan impian anda. Bayangkan anda sedang bergembira atas kejayaan anda. Dan katakan pada diri sendiri anda boleh dan pasti berjaya. Sebaiknya anda lakukan aktiviti ini dalam keadaan duduk di kerusi dengan tangan rapat di peha dan berada dalam suasana yang senyap, hening dan selesa. Minda anda adalah kunci pada setiap tindakan anda. Jika anda percaya, ia pasti berlaku, Insya Allah. 2. Bersatu dengan alam