7 Langkah Mudah Untuk Kekal Bersemangat!
Pasti anda mahu sentiasa kekal bersemangat dalam menjalani kehidupan harian demi mencapai matlamat hidup anda bukan? Dan semangat anda sebenarnya sangat bergantung kepada keadaan tubuh badan dan minda anda!
Mari lihat 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk sentiasa cergas dan bermotivasi.
1. Bayangkan yang indah-indah. Sambil baring mahupun duduk di kerusi malas, pejamkan mata anda. Kosongkan fikiran dan bernafas secara perlahan dan teratur. Cuba bayangkan anda sedang mendaki tangga kejayaan dan mencapai satu persatu matlamat dan impian anda. Bayangkan anda sedang bergembira atas kejayaan anda. Dan katakan pada diri sendiri anda boleh dan pasti berjaya. Sebaiknya anda lakukan aktiviti ini dalam keadaan duduk di kerusi dengan tangan rapat di peha dan berada dalam suasana yang senyap, hening dan selesa. Minda anda adalah kunci pada setiap tindakan anda. Jika anda percaya, ia pasti berlaku, Insya Allah.
2. Bersatu dengan alam semulajadi. Luangkan sepuluh hingga lima belas minit untuk berjalan-jalan di taman, paling kurang seminggu sekali. Pakai pakaian yang sesuai, pilih waktu dan cuaca yang redup, dan amati keindahan alam semulajadi. Hirup udara segar sambil mensyukuri nikmat Tuhan. Ini mampu untuk menenangkan kembali minda dan jiwa anda. Jika “tidak mampu” untuk berjalan-jalan di taman, pergilah bercuti dan nikmati “me-time” anda untuk beberapa hari.
3. Berikan ganjaran pada diri sendiri. Tetapkan suatu ganjaran yang anda ingin beri pada diri sendiri setelah siap sesuatu pekerjaan atau projek. Setelah penat dan bersusah payah mengejar matlamat, mungkin anda boleh meluangkan masa di spa urutan atau sekadar keluar makan malam di restoran kegemaran anda. Pasti anda akan rasa lebih lega dan bertenaga untuk mulakan projek seterusnya.
4. Berikan makanan berkhasiat untuk diri anda. Manjakan diri anda dengan menikmati hidangan-hidangan yang berkhasiat dan beraneka. Tidak semestinya mahal, tapi haruslah ia menepati kehendak dan keperluan diri anda. Banyak resepi percuma di laman sesawang untuk anda cuba. Badan yang sihat membina minda yang sempurna. Minda yang sempurna pula membawa pemikiran yang lebih kreatif dan kognitif. Pastikan juga snek anda adalah berkhasiat seperti buah-buahan atau salad! Dan jangan lupa air kosong yang mencukupi!
5. Bersenam untuk kekal cergas. Anda memang sedia maklum bukan bahawa senaman mampu menyediakan diri anda untuk lebih cergas, sihat dan bertenaga? Singkirkan toksin dalam badan yang buat anda rasa lesu sentiasa itu melalui senaman ringan dan ringkas. Berjogging, skipping mahupun treadmill running sudah memadai. Jika lebih rajin lagi, boleh ke gym. Atau jika anda kurang waktu lapang, menyapu sampah di halaman rumah, berjalan kaki ke kedai runcit taman mahupun menggosok pakaian sudah boleh membantu. Keluarkan peluh, singkirkan toksin!
6. Bersiap dengan pakaian yang cantik – cantik. Bercantik-cantik bukan hanya untuk wanita sahaja! Semua orang harus memiliki imej yang menarik dan menawan. Bukan untuk membuatkan orang lain berasa “wow!” dengan anda, tapi lebih kepada memberikan keyakinan diri pada diri sendiri. Dan gunakan warna-warna yang anda gemari untuk mendapatkan mood. Orang yang bersemangat adalah orang yang yakin diri.
7. Beri diri anda tidur yang cukup. Bunyinya seperti sangat cliche, tapi tanpa tidur yang cukup, minda anda tak mampu untuk bekerja pada tahap optimum dan ini adalah masalah bagi anda yang sentiasa bergantung pada ketajaman minda dalam setiap jenis pekerjaan. Badan tanpa minda yang terbaik ibarat mesin rosak, tak mampu nak berikan hasil yang mengagumkan. Dan bila hasil anda kurang memberansangkan, semangat anda pasti jatuh merudum. Semoga bermanfaat.
#azizanosman
09 May 2017
Comments
Post a Comment