Skip to main content

Hati Berlemak ? Punca & Cara Mengatasinya

PUNCA KEROSAKAN HATI AKIBAT PENYAKIT HATI BERLEMAK (NAFLD)

Masalah hati berlemak mungkin agak asing kita dengar, tetapi ianya telah menjadi sangat biasa dalam masyarakat zaman moden sekarang. Selalunya masalah ini dikaitkan dengan pengambilan arak atau minuman beralkohol secara berlebihan. Kajian sains menunjukkan, sekarang ini masalah yang lebih kerap berlaku adalah masalah hati berlemak yang tidak berkaitan dengan pengambilan alkohol atau dipanggil Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). Ianya bukan berpunca daripada pengambilan lemak yang tinggi atau pengambilan makanan berkolesterol yang tinggi tetapi kajian menunjukkan ianya berpunca daripada pengambilan karbohidrat atau secara khususnya gula fruktosa yang tinggi.

Masalah hati berlemak selalunya berkaitan dengan masalah obesiti. Seseorang yang mempunyai masalah hati berlemak selalunya mempunyai paras kolesterol tinggi dan juga paras asid urik yang tinggi. Ia adalah sebahagian daripada sindrom metabolik dan selalunya seseorang yang mempunyai masalah hati berlemak akan mempunyai masalah perut buncit.
Menurut kajian, penyakit ini mudah berlaku kepada seseorang yang mempunyai masalah kegemukan, berat badan berlebihan, berperut buncit, tinggi paras kolesterol dan tinggi paras trigliserida dalam darah.

Masalah penyakit hati berlemak (NAFLD) ini tidak mempunyai simptom atau gejala yang khusus. Seseorang mungkin akan mudah lesu, sembab kaki dan perut tanpa sebab yang nyata, jaundis, mudah keliru dan biasanya akan didiagnosa oleh doktor dengan imbasan (scan) ‘ultrasound’. Selalunya seseorang yang mempunyai masalah ini juga mempunyai masalah paras asid urik yang tinggi iaitu masalah gout.

Kesan jangkamasa panjang jika tidak dirawat boleh menyebabkan kebengkakan hati  atau non-alcoholic steatohepatitis (NASH) yang akan melarat menjadi masalah pengerasan organ hati atau cirrhosis dan boleh menyebabkan masalah kerosakan kekal hati dan juga kanser hati.
Oleh kerana itu kita perlu mencegah penyakit ini di peringkat awal lagi atau memulihkan kembali penyakit ini di peringkat awal dengan memahami punca berlakunya dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai.

Punca NAFLD

Kajian menunjukkan, punca utama berlakunya penyakit hati berlemak adalah kerana pengambilan fruktosa yang berlebihan dalam pemakanan seharian kita. Sumber utama fruktosa berlebihan ini adalah gula pasir, jus buah-buahan yang di jual dalam botol atau kotak minuman jus. Disamping itu, bahan sirap jagung berfruktosa tinggi (high-fructose corn syrup, HFCS) yang terdapat dalam makanan proses yang sangat manis juga mengandungi jumlah fruktosa yang sangat tinggi. Madu, sirap agave, sirap mapel, gula merah dan buah-buahan yang sangat tinggi kandungan fruktosanya seperti durian, rambutan, manggis dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada jumlah fruktosa yang tinggi jika diambil secara melampau.

Dalam konteks kita di Malaysia ini, penggunaan gula pasir secara berlebihan dan gula tersembunyi dalam makanan dan minuman proses menjadi punca utama kepada masalah penyakit hati berlemak ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia didapati penggunaan gula pasir dikalangan masyarakat Malaysia adalah sangat tinggi sehingga lebih daripada 40 sudu sehari dan yang paling tinggi di Asia Tenggara.

Persoalannya sekarang, adakah makan buah itu tidak baik? Buah-buahan walaupun mengandungi fruktosa tetapi ia tidak merbahaya jika diambil secara sederhana dan juga jika buah-buahan itu mengandungi serat yang tinggi ia akan melambatkan penyerapan fruktosa dari dalam usus sebelum dihantar ke organ hati secara beransur-ansur. Oleh kerana itu faktor serat itu amat penting dan kerana itulah buah-buahan itu sangat baik jika dimakan terus tanpa dibuat jus, kerana apabila dibuat jus, seratnya akan dibuang.

Berdasarkan kajian, fruktosa hanya boleh dihadamkan oleh sel-sel organ hati kita selepas ianya diserap oleh usus. Oleh itu, pengambilan fruktosa yang terlalu banyak akan menyebabkan sel-sel hati menjadi tepu dengan fruktosa dan ini akan merosakkan sel-sel hati sama seperti alkohol dan toksin lain yang merosakkannya.

Menurut Professor Dr Robert Lustig, seorang pakar pediatrik endokrinologi dari University of California, fruktosa adalah sejenis ‘toksin hati yang kronik’ yang dihadamkan secara terus menjadi lemak didalam hati. Kajian beliau di terbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics yang menyatakan bahaya fruktosa berlebihan adalah serupa dengan bahaya alkohol berlebihan kepada sel-sel hati. Kajian beliau juga menyatakan apabila seseorang mengambil fruktosa atau gula pasir yang berlebihan, ia akan menyebabkan masalah sindrom rintangan insulin dan paras kolesterol tinggi dalam darah yang menjadi punca kepada masalah diabetes dan penyakit jantung.
Kajian yang dilaporkan didalam Journal Hepatobiliary Surgery and Nutrition juga menunjukkan pengambilan fruktosa yang berlebihan ini menyebabkan peningkatan paras asid urik didalam darah kerana berlaku kerosakan dan kematian sel-sel tubuh akibat kehilangan sumber tenaga sel-sel iaitu ATP. 

Peningkatan paras asid urik juga kerana gangguan kepada enzim ‘xanthine oxidase’ didalam organ hati yang dirosakkan oleh fruktosa yang berlebihan tadi. Oleh kerana itu kajian menunjukkan penyakit gout atau paras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan pengambilan gula pasir dan minuman manis dalam tin atau kotak atau botol yang tinggi. Biasanya pesakit gout juga mempunyai masalah darah tinggi, diabetes, kegemukan dan masalah buah pinggang. Kajian juga menunjukkan dengan mengukur paras asid urik dalam darah kita boleh mengetahui tahap ketoksidan fruktosa didalam tubuh kita. Oleh itu cara terbaik untuk mengurangkan masalah gout dan paras asid urik yang tinggi adalah dengan mengawal pengambilan gula seharian kita. Fakta ini telah saya tulis didalam buku saya yang bertajuk ‘Gula Racun Putih’.

Amat mengejutkan dalam satu kajian yang dijalankan di Tufts University, USA menunjukkan masalah penyakit hati berlemak ini juga berlaku kepada kanak-kanak akibat pengambilan minuman proses didalam botol atau tin. Oleh itu amat perlu kita mengawal pengambilan minuman berkarbonat manis oleh anak-anak kita untuk mencegah penyakit ini. Kajian juga menunjukkan penggunaan bahan plastik yang mengandungi Bispenol A (BPA) juga boleh menyebabkan masalah hati berlemak akibat pencemaran.

Cara Mengatasi
Berdasarkan kajian jumlah pengambilan fruktosa yang selamat adalah 15 gram sehari sahaja. Cara paling mudah adalah kurangkan penggunaan gula dan elakkan makan makanan proses bergula tinggi dan juga minuman proses yang manis dan bergula tinggi terutamanya minuman jus. Pengambilan lebih sayur-sayuran dan makan buah-buahan adalah satu kaedah yang boleh membantu mengurangkan masalah hati berlemak ini.

Diantara kaedah mengurangkan penyakit ini ialah dengan bersenam secukupnya sekurang-kurangnya sejam seminggu. Kajian yang dilaporkan dalam European Journal of Gastroenterology and Hepatology  pada tahun 2006 menunjukkan senaman selama sejam seminggu dan kawalan makanan yang berfruktosa akan memulihkan masalah penyakit hati berlemak ini dikalangan remaja yang mempunyai masalah obesiti.

Disamping itu kajian juga menunjukkan pengambilan suplemen Vitamin E setiap hari juga boleh membantu memulihkan masalah ini. Pengambilan lemak sihat seperti suplemen minyak ikan Omega 3 dan minyak zaitun serta minyak kelapa juga boleh membantu. Kajian juga mendapati, sejenis suplemen daripada herba yang dipanggil ‘berberine’ juga didapati boleh membantu memulihkan hati berlemak ini. Menurunkan berat badan bagi seseorang yang mempunyai masalah kegemukan juga adalah kaedah yang baik memulihkan penyakit ini.

Dr Norman Norawi (MMC 36627)
MBBS, MSc(UCSI), FAGE

(Nota Rujukan)

Comments



  1. Thanks for shearing!!! its really helped people who dont know much about THCA ISOLATE. I will like to shear some our contents and articles about pure thca diamond with you
    read more...

    website: 420labextracts.com
    contact: +1 (424) 235-3914

    ReplyDelete
  2. Very interesting! this blog is very helpful for someone like me who have been doing researchwork on THCA ISOLATE powder.
    We have some important articles and contents about pure thca diamond.
    read more...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa

Vitamin D dan Kaitannya Dengan "Deep Sleep"

Berapa ramai di antara kita yang tidur malamnya tidak lena dan sering rasa tak segar bila bangun pagi ? Sehingga sambung tidur lebih lama yang akhirnya membawa kepada rasa letih, lemah, lesu dan akhirnya menyebabkan badan tidak produktif. Adakah kita tahu yang itu mungkin salah satu tanda kita tidak mendapat Vitamin D yang mencukupi ? Bangun lewat sudah tentu memudaratkan. Islam juga melarang umatnya bangun lewat atau tidur semula selepas waktu Subuh..pasti ada sesuatu di sebalik larangan itu. Apakah ia Vitamin D Vitamin D bertindak lebih seperti hormon daripada ia vitamin biasa. Salah satu peranan utama vitamin D adalah untuk membantu badan anda mengawal tahap kalsium dan fosforus. Oleh itu, adalah penting untuk tulang dan gigi yang kuat, kekuatan otot dan mood. Jika anda tidak mempunyai cukup vitamin D, tahap penyerapan kalsium di dalam usus menjadi kurang dan badan akan mengambil kalsium daripada tulang dan idi bawa ke dalam aliran darah untuk mengekalkan biokimia tubuh berfun