Skip to main content

Mizz Nina on Astro Maya HD (Always A Traveller, Reclaim Your Heart)

Salam Ramadhan Kareem,

Hari ini, Sabtu dan esok ahad, 6.30 petang ada program Mizz Nina dengan Ust. Yasmeen Mogahed di Astro Oasis. Memang dah lama minat Mizz Nina sebab dia 'tersendiri'. Dulu pernah tengok program yang dia cerita macam mana dia boleh jadi artis antarabangsa, dalam hati memang terdetik yang Mizz Nina ni memang mencari sesuatu dalam hidupnya.



Memang minat dengan dia ni, dari wajahnya, rasanya dia ada hati yang baik.

Subhanallah, takdir Allah, beliau jumpa apa yang hilang dalam hidupnya. Masya Allah, hidayah adalah milik Allah, Dia beri kepada sesiapa yang dia khendaki. Semoga Mizz Nina akan istiqamah dalam pencarian mencari 'hati'nya.

Bersama dengan Ust. Yameen Mogahed, di South Island, New Zealand, Subhanallah cantiknya pemandangan. Tak puas tengok. Macam manalah syurga yang dijanjikan itu. Cuba cari Kinloch Lodge, Glenorchy, saya rasa mungkin kat sini program tu.


Satu yang dapat saya ambil dari program tu bila Ust Yasmeen mengatakan, bebaskan hati kita daripada segala yang tidak kekal. Letakkan pergantungan hati kita, harapan kita hanya kepada Allah. Inilah tauhid yang sebenarnya. Percaya kepada Tuhan Yang Esa. Insya Allah sama-sama kita dapat mengEsakan dan membesarkan Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Insya Allah.

Semoga kita menjadi Muslim yang lebih baik dari hari semalam. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Semulajadi atau Sintetik, mana satu pilihan anda ??

Produk Shaklee terdiri daripada pelbagai produk makanan tambahan, penjagaan diri dan penjagaan rumah. Ia adalah dari bahan semulajadi, yang terbukti selamat dan berkesan. Malah telah melalui banyak ujian klinikal sebelum sampai ke pengguna.  Kebanyakan produk di pasaran yang mengandungi Vitamin C adalah dari sumber sintetik, contohnya asid askorbik yang dimasukkan ke dalam tablet. Ia terhasil daripada ujian makmal bagi menggantikan Vitamin C sebenar. Harganya lebih murah tetapi khasiatnya tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Sebagai contoh, daripada 100mg Vitamin C/tablet, penyerapan badan mungkin hanya pada kadar 10-20 mg sahaja. Dan selebihnya dibuang begitu sahaja. Bukan ia satu pembaziran kepada wang yang diperuntukkan untuk membeli Vitamin C sintetik tersebut ? Jadi kenapa pilih sintetik ?    Lihat kepada hasil analisa kromatogram ke atas sumber Vitamin C ini.  Garisan yang jelas dan bergalur bahagian tepi didapati pada corak ba...