Skip to main content

Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk Gastrik, Cirit Birit dan Buang Angin

Salam Ramadhan Kareem,

Di bulan puasa ini, ada yang merasakan ketidakhadaman dalam perut disebabkan gas-gas yang wujud hasil daripada pencernaan. Bagi melegakan perut bolehlah mencuba Peppermint Ginger Plus Shaklee.

Dengan bahan asas iaitu halia (warna kuning) yang merupakan agen paling baik untuk pencernaan, produk ini ditambah lagi dengan pudina bagi melegakan dan menyamankan perut. Halia juga dapat mengurangkan inflamasi daripada diabetes.

Rani (2011) Inhibitory potential of ginger extracts against enzymes linked to type 2 diabetes, inflammation and induced oxidative stress International Journal of Food Sciences and Nutrition; 62(2): 106–110 (http://www.sportsnutritionvlog.com/)




Selain itu ia mengandungi jintam hitam @ habbatusauda dan juga jintan manis. Habbatusauda memang sudah terkenal di dalam perubatan Islam dan telah diamalkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Sehinggakan Rasullullah bersabda "Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jintam hitam) itu terdapat penyembuh bagi segalam macam penyakit kecuali mati" - HR. al Bukhari no 5688 dan Muslim no 2215 - Abu Hurairah R.A

Ia dapat menguatkan imun tubuh sebagai satu agen anti-histamine, meneutralkan racun tubuh, memperbaiki salur pencernaan, menghilangkan stress, anti-tumor dan banyak lagi. Malah ia adalah salah satu daripada makanan sunnah.

 
Jintan diketahui mempunyai antioksidan, baik untuk penghadaman dengan mengeluarkan udara bertindak sebagai anti-gas dlm perut. Ia merupakan sumber mineral seperti tembaga, besi, kalsium, kalium, mangan, selenium, zink, dan magnesium. Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Zink adalah faktor bersama dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan, menghasilkan sperma, penghadaman dan sintesis asid nukleik. Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor bersama enzim anti-oksida yang kuat, superoksida dismutase. 

Ia juga menyimpan pelbagai vitamin penting iaitu Vitamin A, vitamin E, vitamin C serta banyak vitamin B-kompleks  seperti thiamin, pyridoxine, riboflavin dan niasin. 

Tips: Campurkan 1 tablet Peppermint Ginger Plus Shaklee ke dalam secawan air panas 200ml untuk menghasilkan minuman herba yang melegakan perut anda. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Zikir dan Kaitannya Dengan Magnet Rezeki

Makanan bagi roh : 1. Baca Al Quran 2. Zikir 3. Ingat mati Sesungguhnya brg siapa yang ingat Allah hatinya akan menjadi tenang. Ketika kita bayar segala bil dan kos sentiasa tasdiq di hati seronoknya atas rezki Allah beri. Kegelisahan kepada keadaan terutama dlm isu duit akan hanya menyebabkan low energy. Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa mencukupkan. Jangan biarkan suara halus memikirkan tentang desakan wang lalu sentiasa rasa sedih dan kecewa dengan keadaan. Hilang feel seronok... Ingatlah energy kita menjadi kuat bila kita happy. Bila kita tidak happy energy aura menjadi low. Daya tarikan jadi kurang. Rezki mula menyimpang. Kalau sudah ketentuan Allah ekonomi negara meruncing makanya kepada Allahlah tempat mengadu kerana dia lah pemberi rezki. Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali mereka yg mengubahnya. Apabila berdoa, janganlah minta Allah mengubah kehidupan kita tetapi ubahlah pandangan kita terhadap Tuhan dahulu. Tentunya kelak hidup past...