Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hijrah

Mizz Nina on Astro Maya HD (Always A Traveller, Reclaim Your Heart)

Salam Ramadhan Kareem, Hari ini, Sabtu dan esok ahad, 6.30 petang ada program Mizz Nina dengan Ust. Yasmeen Mogahed di Astro Oasis. Memang dah lama minat Mizz Nina sebab dia 'tersendiri'. Dulu pernah tengok program yang dia cerita macam mana dia boleh jadi artis antarabangsa, dalam hati memang terdetik yang Mizz Nina ni memang mencari sesuatu dalam hidupnya. Memang minat dengan dia ni, dari wajahnya, rasanya dia ada hati yang baik. Subhanallah, takdir Allah, beliau jumpa apa yang hilang dalam hidupnya. Masya Allah, hidayah adalah milik Allah, Dia beri kepada sesiapa yang dia khendaki. Semoga Mizz Nina akan istiqamah dalam pencarian mencari 'hati'nya. Bersama dengan Ust. Yameen Mogahed, di South Island, New Zealand, Subhanallah cantiknya pemandangan. Tak puas tengok. Macam manalah syurga yang dijanjikan itu. Cuba cari Kinloch Lodge, Glenorchy, saya rasa mungkin kat sini program tu. Satu yang dapat saya ambil dari program tu bila Ust Yasmeen mengatakan,...

Cabaran Sebenar Adalah Diri Sendiri

Selamat Tahun Baru 2013.. Malam tadi sambutan tahun baru tahun ini sangat berbeza, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai alternatif sambutan. Di Putrajaya, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Masjid As-Syakirin, KLCC. Tepuk dada, tanya iman kita, semuanya atas pilihan masing-masing. Jalan ke syurga atau jalan ke neraka, seperti kata Prof Muhaya.  Pagi ni, macam biasa dah tetapkan azam, kenalah tunaikan. Cabar diri sendiri untuk cabaran sihat, pagi-lagi lagi dah keluar berjogging, slow walk & etc. Slow-slow dulu, nanti habis kejang segala urat dan otot terkejut. Sambil menikmati pemandangan dari atas bukit, nampak la sekitar perumahan berdekatan Jalan Reko, Reko Central dan yang berdekatan. Sejuk jer, damai, aman dan tenang. Tiada bunyi bising, mungkin ramai lagi yang masih terlena.  2-3 kali pusing, nampak 2 orang pemuda berbangsa Tionghua, dan satu keluarga lagi pun sama yang mungkin dah biasa pun berjogging. Dulu, duduk di Seri Kembangan, ada satu kumpulan ya...

Selamat Tahun Baru 2013

Salam, Tinggal 3 hari lagi untuk melangkah ke tahun 2013. Ramai yang telah berkira-kira menetapkan azam baru mereka, walaupun ada juga azam tahun ini yang belum tercapai. Ada yang memilih meneruskan azam sedia ada, tak kurang juga yang belum mempunyai sebarang azam. Apa pun azam anda, ia tidak akan tercapai tanpa perancangan yang teliti, fokus dan keyakinan yang tinggi. Namun dalam kita menetapkan azam, jangan lupa untuk menitikberatkan soal kesihatan yang menjadi faktor utama yang mempengaruhi kehidupan kita. Sering dipandang enteng, namun setiap yang hidup tidak dapat lari dari soal ini. Nilai kesihatan melebihi segala-galanya. Ada juga yang berpendapat orang yang tidak menjaga kesihatan adalah orang yang pentingkan dirinya sendiri, manakan tidak bayangkan jika kita sakit, kita memerlukan orang lain untuk menjaga kita dan sebagainya. Bukankah ungkapan "mencegah lebih baik dari mengubati" itu punya mesej yang jelas. Malahan Nabi Muhammad SAW sendiri sering berpesan tentang ...