Salam Ramadhan Kareem,
Bila baca headline post ni, memang jadi berita yang memang menggemparkan bagi peminat produk Shaklee. Terutamanya di saat GAZA diserang dan termometer semangat kita pula dah mula membuak untuk memboikot segala produk berkaitan Israel.
Tapi bagi kami Shaklee Independent Distributor (SID), dah biasa dengar pasal ni. Kita orang Malaysia memang jelek sangat bila dengar nama Israel. Jadi tak hairanlah bila banyak perumpamaan dibuat. Contohnya kita panggil rumpai paling degil di ladang sawit sebagai rumput Israel sebab memang sangat hidup tegar dan liat nak mati walau disembur dengan racun roundap sekalipun. Lagi satu perumpamaan yang terkeluar bila kita nasihatkan orang yang memang hati kering @ batu.."kau ni jangan jadi hati yahudi!" ha macam tu lah bencinya kita dengan kejahatan yahudi Israel.
Jadi wajar sangat untuk saya buat pencerahan di sini, kerana pengguna produk Shaklee amatlah ramai di Malaysia tercinta ini.
Viralnya kisah ini bermula dengan website ini: http://kic.myshaklee.com/us/en/
Ia adalah website SID juga seperti saya. Jika klik pada tab ABOUT US, anda akan lihat pernyataan ini. Ada logo SID seperti yang dibulatkan.
SID ini meletakkan link kepada pertubuhan yang disokongnya iaitu http://www.kenesethisrael.com/. Klik pada KI dan anda akan dibawa ke website di bawah: Anda akan nampak logo Shaklee kan ? Jika klik pada logo tersebut, ia akan balik semula kepada website SID di atas. Ia adalah co-link di antara satu sama lain. SID ini menggunakan keuntungan yang beliau dapat daripada menjual produk Shaklee untuk KIC yang disokongnya. Dah duit dia, kita tak boleh nak buat apa.
Tapi kita ada pilihan. Bagi SID dan semua pengguna produk Shaklee di Malaysia, kita boleh salurkan pendapatan kita dengan berzakat dan sokong Palestine pula. Boleh ikut langkah mudah berikut:
1. Sumbangan melalui SMS dengan taip PALESTINE 3/5/10 dan hantar ke 39111 (Tabung Aman Palestine). Pengesahan derma akan diterima.
2. Hantar derma melalui online ke bank berikut:
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
https://ms-my.facebook.com/AmanPalestinOfficial
3. Hantar melalui Aqsa Syarif : www.aqsasyarif.org.my
Bertindaklah sekarang. Palestine memerlukan bantuan kita.
Moral of the story:
1. Jangan cepat percaya berita yang dibawakan oleh mana-mana pihak sekalipun. Siasat dulu, cari kesahihannya. Saya membuat siasatan ini berdasarkan kepada apa pengetahuan yang saya ada dan tertera pada 2 website yang dirujuk tersebut.
2. Istiqamahlah dalam memboikot produk yang memang dah terang lagi bersuluh menyokong zionist Yahudi Israel. (Minta maaf cakap, McD Alamanda dan Bangi memang penuh bila termometer boikot kembali 'sejuk') - dua-dua kawasan majoriti Muslim.
3. Cari yang positif, buang negatif. Fokus kepada beramal, menderma dan berdoa supaya diri kita menjadi magnet melekat kepada cerita yang positif sahaja. Tapislah dulu apa yang kita lihat, dengar dan rasa ke dalam diri kita.
Alhamdulillah, dalam solat Jumaat lepas, Qunut Nazilah dah mula dibaca, menangis sebak Imam Masjid negara bila membacanya..
Semoga doa kita di bulan Ramadhan ini dimakbulkan Allah.
Wallahualam. Peace. Pray for GAZA.
Comments
Post a Comment