Skip to main content

Kaitan Sains, Aura, Warna, Makanan dan Rawatan untuk Manfaat Kesihatan

Salam Ramadhan Kareem,

Saya ingin berkongsi tentang tenaga. Ya, semua makluk yang Allah jadikan mempunyai tenaga tertentu. Seperti yang diketahui, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh dipindahkan dari medium kepada medium yang berlainan.

Kita ambil contoh makanan. Makanan yang Allah jadikan sangat mengkagumkan. Ada warna tertentu yang mewakili tenaganya, Masya Allah. Membawa kita kepada mengenali kandungan makanan dan khasiat yang boleh kita dapati daripada tenaga itu.
Kenapa kita perlukan tenaga ? Ini sebabnya ; untuk bergerak, pertumbuhan dan memperbaiki sel tubuh, ketika tidur dan rehat, membawa makanan dalam darah dan banyak lagi. 

Ada beberapa alat yang boleh digunakan untuk mengukur tenaga dalaman tersebut. Contohnya bagi mengukur tenaga di dalam daun, alat spektrometer digunakan. Ia dapat mengukur daripada 350nm sehingga 1100nm atau 2500nm bergantung kepada alat itu sendiri. Contohnya tenaga daripada biokimia daun (diwakili warna pigmen) akan terlihat seperti ini. Lihat perbezaan tenaga graf spektral yang dicerap daripada daun yang sihat dan daun yang berpenyakit. Berbeza bukan ?


Jadi, pilihlah makanan yang pelbagai warna seperti warna-warna pelangi kerana ia mengandungi phytokimia berbeza supaya dapat menyeimbangkan tenaga dalaman badan atau aura kita. Ada juga yang mengatakan sekiranya kita ingin awet muda, makanlah makanan yang mengandungi banyak pigmen ungu seperti anggur kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Makanan yang seimbang disokong dengan emosi yang baik dapat meningkatkan tahap kesihatan kita, memudahkan kita beribadah Insya Allah sesuai dengan ayat berikut: 

"Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"


Surah Al-Haaqqah. Ayat 024.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Kongsi Tips Cergas di Bulan Ramadhan - Dr Azizan Osman

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa! Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya. Jangan tinggalkan sahur Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari al...