Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tips Ramadhan

Khasiat Buah Kurma

Mengapa Nabi SAW memakan kurma dalam hitungan ganjil ?  Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia. Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma. Penelitian sudah tunjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama. 1. Mengurangkan tingkatan kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah. 2. Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula. 3. Mencegah kerusakan gigi karena meng...

Kongsi Tips Cergas di Bulan Ramadhan - Dr Azizan Osman

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa! Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya. Jangan tinggalkan sahur Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari al...

Masalah Penghadaman di Bulan Ramadhan

Punca Masalah Penghadaman  Pilihan makanan yang tidak sihat, makan secara berlebihan, makan dengan gelojoh dan tabiat makan lain yang tidak sihat semasa berbuka puasa merupakan punca lazim timbulnya isu penghadaman di bulan Ramadan. Peningkatan keasidan gastrik yang dirasai semasa berpuasa dimanifestasikan sebagai sensasi panas terbakar di dalam perut, rasa berat perut dan rasa masam dalam mulut. Kebanyakan masalah kesihatan semasa musim berpuasa kemungkinannya berpunca daripada pengambilan diet yang tidak sihat atau akibat daripada terlebih makan dan kurang tidur. Tiga masalah yg sering berlaku yg melibatkan masalah perhadaman ialah refluks (angin) , sembelit dan muntah serta cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan. Refluks Refluks angin atau dyspepsia merupakan keadaan di mana pesakit akan mengadu sakit perut, kembung dan pedih ulu hati, loya, muntah dan rasa kurang selesa. Ini berlaku apabila asid daripada perut telah naik ke atas saluran bawah esofagus...

Bagaimana Kesan Puasa Kepada Fisiologi Tubuh

Rumusan Fisiologi Puasa. Fasa 1 - Hari 1-2 Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau. Fasa 2 - Hari 3-7 Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi. Fasa 3 - Hari 8-15 Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas. Fasa 4 - Hari 16-30 Badan mula selesa dgn puas...

Doa Semasa 1 Ramadhan

Doa Puasa Hari Pertama . Terus  baca , Yang menulis aamiin, sama berdoa  apa dibaca . "Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenar¬nya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan kami dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan kami wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa." Aaminn.

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya. Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja. Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ...

Log Harian Muslimin & Muslimat Sepanjang Ramadhan

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN (Sekadar Panduan, Moga Bermanfaat) 4.00 PAGI 1. Bangun tidur dan baca doa. 2. Berniat untuk melakukan sebanyak     mungkin kebaikan pada hari ini. 3. Mandi dan membersihkan diri. 4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian. 4.30 PAGI 1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat. -Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu. 2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat. –Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. 3.Solat sunat Hajat 2 rakaat. -Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI. 4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat. 5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita. 6.Baca dan tadabburlah al- Quran. 7.Berzikir. 5.15 PAGI 1.Makan sahur, diawali dgn doa krn waktu ini sgt mustajab doa. 2.Bersiwak atau mengos...
17 Hari lagi menuju Ramadhan Kareem, Apakah persediaan kita ? Ramadhan memang bulan yang ditunggu tunggu oleh para Muslimin dan Muslimat yang beriman. Puasa adalah salah satu Rukun Islam, maksudnya setiap orang Islam diWAJIBkan berpuasa di bulan Ramadhan. Selari dengan perintah menyuruh berpuasa di dalam Al-Quran iaitu ayat 183, Surah Al Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183) Soalnya bagaimana kita ingin mendapatkan puasa yang sempurna jika di bulan Syaaban iaitu bulan Counting Days to Ramadhan pun, kita masih makan macam biasa, belum lagi buat persediaan menjelang Ramadhan.  Saya masih ingat satu ceramah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam satu ceramah di bulan Ramadhan yang saya hadiri di Uniten tahun l...

Salam Ramadhan Kareem

Salam kepada pembaca blog saya, Hari ini hari ke-7, Insya Allah kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni. Pastinya kita mengharapkan keberkatan, kejayaan, kemudahan urusan, kesihatan, kewangan dan penting amal kita di terima dan diri kita menjadi lebih baik dari hari semalam.  Untuk lebih bertenaga, mulakan niat yang berpuasa mengharapkan redha Allah. Itu lebih baik..makanlah dari makanan yang halal lagi baik. Semuanya untuk mensucikan hati agar kita menjadi Muslim bertaqwa Insya Allah.  Ambillah makanan sunnah seperti tamar dan susu bagi mendapatkan pahala dan melengkapkan keberkatan puasa kita. Berpada-pada dengan juadah, berlebihan-lebihan dalam Ibadah. Selamat berpuasa. Ramadhan Kareem kedaivitamin.com.my