Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2013

Salam,

Tinggal 3 hari lagi untuk melangkah ke tahun 2013. Ramai yang telah berkira-kira menetapkan azam baru mereka, walaupun ada juga azam tahun ini yang belum tercapai. Ada yang memilih meneruskan azam sedia ada, tak kurang juga yang belum mempunyai sebarang azam. Apa pun azam anda, ia tidak akan tercapai tanpa perancangan yang teliti, fokus dan keyakinan yang tinggi. Namun dalam kita menetapkan azam, jangan lupa untuk menitikberatkan soal kesihatan yang menjadi faktor utama yang mempengaruhi kehidupan kita. Sering dipandang enteng, namun setiap yang hidup tidak dapat lari dari soal ini. Nilai kesihatan melebihi segala-galanya. Ada juga yang berpendapat orang yang tidak menjaga kesihatan adalah orang yang pentingkan dirinya sendiri, manakan tidak bayangkan jika kita sakit, kita memerlukan orang lain untuk menjaga kita dan sebagainya. Bukankah ungkapan "mencegah lebih baik dari mengubati" itu punya mesej yang jelas. Malahan Nabi Muhammad SAW sendiri sering berpesan tentang kejar 5 sebelum 5. Salah satu darinya Sihat sebelum Sakit. Sebagai manusia, wajib kita menjaga tubuh badan kita agar sihat dan kuat supaya kita boleh lebih banyak menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri. Justeru perkara pertama yang perlu kita perhatikan adalah mengenalpasti apa yang kita PILIH sebagai makanan seharian kita, gaya hidup, pengurusan diri dan keluarga, tabiat positif vs negatif, pemikiran, persekitaran, sumber bacaan, rancangan tv/radio, dan rakan-rakan kita. Kesemua ini menyumbang kepada kesihatan diri kita dari semua aspek. Semuanya bermula dengan 1 pilihan yang tepat...pilihlah untuk SIHAT. 

Untuk yang ingin memulakan bahan bacaan yang baru, dapatkan majalah iSIHAT, Edisi Jan 2013 (http://www.utusankarya.com.my/v2/majalah/i-sihat)

Selamat Tahun Baru 2013



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Rahsia SUJUD Ketika Solat

Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu:  - dahi  - hidung  - kedua telapak tangan  - lutut  - kedua hujung kaki (jari). Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT  dan meminta segala macam permintaan kepada Allah swt. Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dan lain-lain. Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, kerana mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesehatan. Dalam kajiannya ditemukan bahwa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya'). SubhanAllah Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. ...