Selamat Tahun Baru 2013..
Malam tadi sambutan tahun baru tahun ini sangat berbeza, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai alternatif sambutan. Di Putrajaya, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Masjid As-Syakirin, KLCC. Tepuk dada, tanya iman kita, semuanya atas pilihan masing-masing. Jalan ke syurga atau jalan ke neraka, seperti kata Prof Muhaya.
Pagi ni, macam biasa dah tetapkan azam, kenalah tunaikan. Cabar diri sendiri untuk cabaran sihat, pagi-lagi lagi dah keluar berjogging, slow walk & etc. Slow-slow dulu, nanti habis kejang segala urat dan otot terkejut. Sambil menikmati pemandangan dari atas bukit, nampak la sekitar perumahan berdekatan Jalan Reko, Reko Central dan yang berdekatan. Sejuk jer, damai, aman dan tenang. Tiada bunyi bising, mungkin ramai lagi yang masih terlena.
2-3 kali pusing, nampak 2 orang pemuda berbangsa Tionghua, dan satu keluarga lagi pun sama yang mungkin dah biasa pun berjogging. Dulu, duduk di Seri Kembangan, ada satu kumpulan yang akan bertai-chi pagi-pagi. Tak kurang juga yang main bola keranjang. Memang menikmati kehidupan dan menjaga kesihatan seawal pagi walaupun tak bangun solat Subuh. Duduk di kawasan perumahan Cina dulu banyak meluaskan lagi minda memahami mereka. Seawal 4 pagi memang dah banyak motor/kereta dah mula bersiap untuk bisnes. Umpama tiada rehat bagi mereka, memang dulu pun kalau tahun baru ni memang berdentum mercun/bunga api (tapi malam tadi, di sini memang aman). Apa yang dapat disimpulkan dan tidak dapat dinafikan memang mereka rajin serba serbi, tenghari nanti berduyun ke bank, bank-in untung hari tu ma..
Pendek kata, sebenarnya mereka sangat Istiqamah dalam segala urusan harian dan paling penting bangun seawal pagi. Allah itu adil, arahkan Malaikat turun membawa rezki, siapa bangun awal dia lah dapat bahagian lebih banyak..walau apa pun yang cuba kita lakukan, cabaran sebenar bukan dari datang dari luar, tapi dari diri kita sendiri. Pilihan di tangan kita...wallahualam.
*Ada masa nanti upload gambar pemandangan dari atas bukit ni..Insya Allah. Tadi tak terfikir pun, tau nak berjogging jer..
SALAM.
-untuk info vitamin Shaklee sila lawati www.kedaivitamin.com.my

Comments
Post a Comment