Skip to main content

FAQ Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

1. Apakah Shaklee AJHT ?
Ia adalah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, berfungsi untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. 

2. Siapa yang memerlukan AJHT ?
  • Lelaki dan wanita yang mencari produk semulajadi untuk mengekalkan kesihatan sendi
  • Orang muda yang aktif dan lasak
  • Mereka yang pernah mengalami kemalangan melibatkan sendi lutut seperti penunggang/pembonceng motosikal
  • Warga emas
  • Mereka yang memerlukan pelincir sendi
3. Apakah kandungan AJHT ?
  • Ekstrak Jagung
  • Boswellia
  • Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C
4. Apakah Ekstrak Jagung ?
Ia kaya dengan Glukosamina yang terdiri daripada gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Bertujuan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi dalam jangka masa yang panjang. Glukosamina adalah bahan yang dijumpai di dalam tendon dan ligamen. 

5. Apakah Boswellia ?
Ia adalah gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktifnya ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto beta boswellik) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi. 

6. Bolehkah saya mengambil AJHT bersama produk OsteMatrix pada masa yang sama ?
Ya Boleh. Lebih baik untuk menggabungkannya dengan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX untuk kesan optimum. 

7. Berapa tablet diperlukan sehari ?
Ambil mengikut yang disarankan pada botol AJHT iaitu 2 tablet/sehari bagi setiap hidangan.

8. Mengapa ia bebas daripada kondroitin ?
AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (telan). Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa sulfat kondroitin menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina.

9. Mengapa AJHT mengandungi Vitamin C ?
AJHT menyumbang nilai harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen adalah salah satu komponen penting di dalam tulang rawan dan tisu-tisu penghubung lain di dalam badan. 
*Ini juga menjadi penyebab mengapa penurunan kolagen pada usia tua, memberi kesan kepada kulit berkedut dan lutut ketat akibat kekurangan pelincir yang menghalang pergerakan tubuh. 

10. Mengapa AJHT mengandungi Zink, Tembaga dan Mangan ?
AJHT menyumbang nilai harian 10% Mineral surih zink, tembaga dan mangan yang berfungsi sebagai faktor sampingan kepada enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan. 

11. Adakah AJHT daripada sayur-sayuran ?
Ya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Hati Berlemak ? Punca & Cara Mengatasinya

PUNCA KEROSAKAN HATI AKIBAT PENYAKIT HATI BERLEMAK (NAFLD) Masalah hati berlemak mungkin agak asing kita dengar, tetapi ianya telah menjadi sangat biasa dalam masyarakat zaman moden sekarang. Selalunya masalah ini dikaitkan dengan pengambilan arak atau minuman beralkohol secara berlebihan. Kajian sains menunjukkan, sekarang ini masalah yang lebih kerap berlaku adalah masalah hati berlemak yang tidak berkaitan dengan pengambilan alkohol atau dipanggil Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD). Ianya bukan berpunca daripada pengambilan lemak yang tinggi atau pengambilan makanan berkolesterol yang tinggi tetapi kajian menunjukkan ianya berpunca daripada pengambilan karbohidrat atau secara khususnya gula fruktosa yang tinggi. Masalah hati berlemak selalunya berkaitan dengan masalah obesiti. Seseorang yang mempunyai masalah hati berlemak selalunya mempunyai paras kolesterol tinggi dan juga paras asid urik yang tinggi. Ia adalah sebahagian daripada sindrom metabolik dan selalunya s...