Skip to main content

Anak Bantut ? Elak Bantut dengan Pengambilan Protein Seawal Kehamilan Anda!

Protein adalah bahan utama di dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga meransang psikologi. Oleh itu, setiap organ memerlukan protein. Kekurangannya mengakibatkan kelemahan sistem imun yang melawan penyakit, lebihan air dalam badan (water retention), hilang kepejalan otot, perubahan warna rambut/beruban, BANTUT, penghadaman dan lain-lain lagi yang membawa kepada kegagalan organ dan member kesan kepada sistem badan.

Pengambilan Makanan Kaya Protein Sewaktu Hamil
Ibu-ibu adalah dinasihatkan untuk mengambil diet yang seimbang dan kaya dengan protein. Ia sangat baik bagi memastikan pertumbuhan janin seawal usia kehamilan lagi. Di antara masalah yang mungkin berlaku disebabkan kekurangan protein ini adalah:
·      Potensi DNA menurun di dalam otak dan sel bayi
·      Kekurangan sel neuron di otak – (sel ini bersambung di antara satu sama lain membentuk jaringan bagi penghantaran impuls/isyarat ke otak, penting dalam proses pembelajaran dan membuat keputusan)
·      Tingkahlaku terjejas

Kesan Jangka Panjang Terhadap Individu Kekurangan Protein :
·      Pembangunan kemahiran kognitif yang perlahan (memori, berfikir, pembelajaran dan membuat keputusan)
·      Pencapaian lemah di sekolah
·      Produktiviti yang rendah
·      Masalah reproduktif

·      Pengoksidan lemak yang abnormal – mengakibatkan risiko obesiti di awal usia

Mahukan anak anda membesar menjadi HEBAT  ?




Pengambilan protein yang mencukupi di usia awal memberi kesan kepada ketinggian dan berat badan kanak-kanak.
·      Meningkatkan tenaga fizikal, emosi, keupayaan berfikir dan banyak lagi
·      Pengambilan protein secara berterusan memberi kesan kepada ketinggian dan pembangunan (hormon dan lain-lain)
Kanak-kanak pada usia 24-60 bulan pulih daripada penyakit yang mereka hadapi dengan mengambil protein yang tinggi. Ini kerana sel dan otak yang terdiri memerlukan protein dalam memperbaiki sel yang rosak akibat penyakit

Anda perlu memastikan anak anda mendapat keperluan protein yang mencukupi pada usia mereka. Cara paling mudah adalah dengan memantau pertumbuhan ketinggian dan berat, gigi dan kemahiran dalam pembelajaran mereka. Ini juga menjawab persoalan perbezaan ketinggian kanak-kanak pada usia yang sama. Semak diet makanan anak anda sebelum terlewat.

Makanan Kaya Protein
·      Susu
·      Keju
·      Telur
·      Ayam
·      Ikan
·      Daging
·      Kekacang seperti Kacang Merah, Kacang Panggang, Almond, Hazelnuts, KACANG SOYA!
*MEAL SHAKES SHAKLEE adalah terdiri daripada KACANG SOYA yang tidak diubah genetiknya atau non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Ia diproses pada suhu yang rendah. 




Tahukah anda ? Sel-sel badan anda tidak menyerap PROTEIN tetapi ASID AMINO iaitu blok molekul protein terkecil ? ASID AMINO yang diperlukan badan hanya boleh didapati sumber makanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Ia dikenali sebagai ASID AMINO PERLU.
Mengapa Meal Shakes Shaklee Diperlukan ?
  • Meal Shakes Shaklee kaya dengan asid amino , mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral, 9 jenis asid amino serta mengandungi LECITHIN soya yang bertujuan untuk memecahkan lemak.
  • Selain mengandungi vitamin A,C,E untuk antioksida yang melawan penuaan  serta mengandungi zink dan selenium yang baik untuk sistem reproduktif lelaki dan wanita.
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap untuk sel darah yang sihat, memberi kesan kepada kecantikan kulit
  • Indeks Glisemik yang rendah sesuai untuk pesakit kencing manis. Ia bertujuan memastikan kadar gula dalam darah adalah rendah dan stabil.
  • Mengandungi Lactalbumin yang terdiri daripada Immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin yang sangat bagus untuk penjagaan penghadaman. (terdapat gum-arabic, yang baik untuk tujuan ini)
  • Sewaktu penyediaan produk Meal Shake Shaklee, kacang soya dicuci hanya dengan air dan bukan ALKOHOL. Tahukah anda kebanyakan produk kacang soya dipasaran dicuci dengan ALKOHOL yang menghilangkan kandungan isoflavones genistein dan daidzein.
  • Isoflavones adalah baik untuk wanita kerana fungsinya bersamaan dengan hormon wanita manakala isoflavones genistein baik pencegahan kanser prostat dan reproduktif lelaki.
  • Khas untuk lelaki dan wanita, tua muda mahupun kanak-kanak. Pelajar, yang sibuk bekerja, atlit, pesakit, ibu mengandung, vegetarian, dan fast food lovers.
Untuk membuat pesanan SMS/WA ke DIANA 013 3699717 atau lawati www.kedaivitamin.com.my hari ini juga. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Mizz Nina on Astro Maya HD (Always A Traveller, Reclaim Your Heart)

Salam Ramadhan Kareem, Hari ini, Sabtu dan esok ahad, 6.30 petang ada program Mizz Nina dengan Ust. Yasmeen Mogahed di Astro Oasis. Memang dah lama minat Mizz Nina sebab dia 'tersendiri'. Dulu pernah tengok program yang dia cerita macam mana dia boleh jadi artis antarabangsa, dalam hati memang terdetik yang Mizz Nina ni memang mencari sesuatu dalam hidupnya. Memang minat dengan dia ni, dari wajahnya, rasanya dia ada hati yang baik. Subhanallah, takdir Allah, beliau jumpa apa yang hilang dalam hidupnya. Masya Allah, hidayah adalah milik Allah, Dia beri kepada sesiapa yang dia khendaki. Semoga Mizz Nina akan istiqamah dalam pencarian mencari 'hati'nya. Bersama dengan Ust. Yameen Mogahed, di South Island, New Zealand, Subhanallah cantiknya pemandangan. Tak puas tengok. Macam manalah syurga yang dijanjikan itu. Cuba cari Kinloch Lodge, Glenorchy, saya rasa mungkin kat sini program tu. Satu yang dapat saya ambil dari program tu bila Ust Yasmeen mengatakan,...