Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa! Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya. Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya. Jangan tinggalkan sahur Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari al...
Comments
Post a Comment