Skip to main content

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Mengambil Multivitamin ?

Seperti ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut preskripsi yang diarahkan oleh Doktor, makanan tambahan seperti multivitamin juga mempunyai cara pengambilan yang tersendiri. Paling mudah adalah dengan membahagikan cara pengambilan seperti yang tertera di botol vitamin tersebut.

Namun, tidak salah jika kita mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat vitamin yang kita ambil dan bagaimana ia dapat berinteraksi dan berfungsi dengan baik di dalam badan kita.

Vitamin Larut Lemak
Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A,D,E,K, CoQ10 dan juga beta karotene. Vitamin jenis ini dapat diserap dengan baik dengan adanya lemak. Vitamin jenis ini juga baik diambil bersama dengan minyak ikan.

Contoh cadangan Shaklee:
Ambil Coq10 bersama dengan OmegaGuard

Vitamin Larut Air
Ia terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C dan mineral. Sebaiknya vitamin jenis ini boleh diambil ketika perut kosong sekiranya tidak mendatangkan mudarat. Atau ambil selepas sarapan yang ringkas. Ia tidak perlu diambil dengan makanan yang berlemak kerana mengurangkan kadar penyerapannya. Mineral seperti zink dan copper jika diambil ketika perut kosong boleh menyebabkan loya. Jika ia berlaku, alas perut dengan sedikit makanan terlebih dahulu.

Kalsium
Hasil dari kajian oleh Mayo Clinic mendapati, pastikan jenis sumber kalsium yang diambil pada label. Sekiranya ia adalah Calcium Citrate ia boleh diambil sama ada dengan makanan atau tidak. Tetapi jika ia adalah Calcium Carbonate, asid perut yang keluar sewaktu pengambilan kalsium ini membantu penyerapannya.
Walaubagaimanapun pengambilan kalsium tambahan bertindakbalas dengan ubatan seperti antibiotik, ubat kawalan darah tinggi dan bisphosphonates iaitu sejenis ubatan untuk penyakit osteoporasis. Oleh itu, sentiasa rujuk kepada Doktor terlebih dahulu sekiranya ada mengambil ubatan jenis ini.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Zikir dan Kaitannya Dengan Magnet Rezeki

Makanan bagi roh : 1. Baca Al Quran 2. Zikir 3. Ingat mati Sesungguhnya brg siapa yang ingat Allah hatinya akan menjadi tenang. Ketika kita bayar segala bil dan kos sentiasa tasdiq di hati seronoknya atas rezki Allah beri. Kegelisahan kepada keadaan terutama dlm isu duit akan hanya menyebabkan low energy. Allah berjanji bahawa dia akan sentiasa mencukupkan. Jangan biarkan suara halus memikirkan tentang desakan wang lalu sentiasa rasa sedih dan kecewa dengan keadaan. Hilang feel seronok... Ingatlah energy kita menjadi kuat bila kita happy. Bila kita tidak happy energy aura menjadi low. Daya tarikan jadi kurang. Rezki mula menyimpang. Kalau sudah ketentuan Allah ekonomi negara meruncing makanya kepada Allahlah tempat mengadu kerana dia lah pemberi rezki. Nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali mereka yg mengubahnya. Apabila berdoa, janganlah minta Allah mengubah kehidupan kita tetapi ubahlah pandangan kita terhadap Tuhan dahulu. Tentunya kelak hidup past...