Skip to main content

1 Klik Untuk Mendapat Produk Shaklee Pada Harga Runtuh Berbaloi-baloi!

Salam pengunjung blog yang dihormati,

Kami di www.kedaivitamin.com.my sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pengunjung blog yang sudah menghampiri 15 ribu. Alhamdulillah. Walaupun agak lama tidak update blog kerana sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan dalam sains tumbuhan yang saya cintai tetapi Alhamdulillah bisnes Shaklee masih diteruskan dengan sokongan pengguna Shaklee sekalian. Alhamdulillah.

Oleh itu, kami sangat berbesar hati untk memudahkan proses pesanan Shaklee. Sebelum ini memang kami sendiri yang mengambil produk di Shaklee HQ di Empire Subang Jaya dan mengeposkan kepada anda. Selalunya kami tidak menunggu lama untuk menghantar produk. Sejurus pembayaran dibuat, kami akan pos hari itu juga. Ada juga, pelanggan yang telah biasa berurusan dengan kami, kami pos lebih awal walaupun belum menerima bayaran lagi. Alhamdulillah kebanyakan pelanggan berpuas hati dan kami juga mendapat pembelian ulangan. Terima kasih sekali lagi. Harga yang ditawarkan sebelum ini adalah harga diskaun setelah mengambilkira proses, masa dan kos yang kami tanggung.

Kini, kami berjaya mengurangkan harga diskaun kepada "Harga Runtuh". Pengguna yang berminat hanya perlu SMS/WA kepada kami produk yang dikhendaki, buat bayaran dan kami akan cepat-cepat membuat pesanan melalui Sistem Pesanan Online Shaklee pada hari yang sama. Walaupun sama dengan cara kami memproses semua pesanan sebelum ini, tetapi yang menguntungkan adalah pengguna akan dapat harga jauh lebih rendah. Setiap pesanan akan dipos oleh Shaklee. Harapan kami agar setiap pelanggan yang berurusan dengan kami akan berpuas hati! Dapatkan tips / nasihat penggunaan produk hanya dari www.kedaivitamin.com.my. - Kuasa keajaiban Sains dari Shaklee untuk memperbaiki kesihatan anda-
SMS/WA ke DIANA 013 3699717 untuk membuat pesanan. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bersihkan Sterika Yang Melekat (Kaedah Masker Ubat Gigi)

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang selalu jadi kan...nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa client / meeting.  Ok macam mana nak bersihkan sterika yang jadi macam ni... Sebelum ni saya dah guna hampir semua tips dalam Mr Google tentang cara bersihkan sterika. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebelum tu nak cakap masa ni saya ada sekeping jer gambar sterika yang pernah saya tolong bersihkan. Sebab bila dah melekat selalunya kita panic dan geram kannnn. Tengah kejar masa memang tak dan nak ambik gambar...ni pun gambar sterika yang dah pun selesai dicucikan. Lepas happy dah bersih. Jimat tak payah beli sterika baru.. Antara sterika yang pernah saya bersihkan...sterika di rumah mak saya dan sterika di rumah mertua saya. Kesian mereka...nak iron baju rasa berbonggol sebab ketebalan yang melekat tu amatlah tebal sekali yer...sorry jugak gambar memang takde...sebab saya masa tu dah naik "syeh" tak boleh sa...

Kongsi Tips Cergas di Bulan Ramadhan - Dr Azizan Osman

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa! Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya. Jangan tinggalkan sahur Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari al...