Buah-buahan, herba dan khasiat daun teh memang telah terkenal sejak dahulu lagi dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan dan menjadi agen antioksidan kepada badan manusia. Buah-buahan sebagai contohnya, dijadikan makanan utama sekiranya tersesat di hutan, hanya perhatikan buah yang dimakan oleh burung dan binatang hutan yang lain bagi mengelakkan buah beracun. Masyarakat Melayu, Cina dan India juga banyak menggunakan herba dalam masakan mereka. Manakala secawan teh 'o' memang banyak melegakan badan dan minda terutama apabila balik bekerja. Tetapi persoalannya, berapa banyak buah dan herba yang boleh kita ambil ? Adakah masih ada banyak lagi herba yang tumbuh melata di belakang rumah kita ? dan jika ada yang dijual adakah ia melalui proses pengekstrakan yang terkawal dan mempunyai standard yang berkualiti. Di Shaklee, proses penghasilan produk dikawal daripada A-Z, maknanya daripada proses penananaman, penjagaan, penuaian, pengekstrakan sehingga produk sampai ke pengguna. J...